Wednesday, November 4, 2009

CINTA PD ALLAH N MANUSIA...













Mmg btul cinta pada Allah adalah cinta yang paling sejati..
cinta yang tiada tandingannya, cinta seorang ibu yang mengasihi bayinya pun tidak mampu menandingi kasih sayang Allah pada hambanya.
Tetapi sejauh mana cinta kita sebagai hamba terhadap pencipta kita...
Kalau kita betul2 faham, Tentulah dengan cara kita taat pada suruhan dan meninggalkan laranganNya.
Tetapi bukan perkara mudah, kerana kita kena betul2 faham apa perkara yg menjadi larangan dan suruhan.
Jangan hanya sekadar berkata2 di lidah, sedangkn di hati dan perbuatan kita tidak menyamai kata2 kita.

Kalau kita perhatikan, ramai manusia lebih menyintai makhluk dan benda yg tidak kekal.
sudah lumrah manusia lebih tertarik pada benda yang boleh dilihat dengan pandangan mata dan terlupa untuk menggunakan mata hati.
meraih cinta ilahi bukan perkara yg mudah tanpa hati yg benar2 ikhlas.
Hanya mereka yg berhati suci dan yang benar2 mengenali Pencintanya sahaja merasai ni'mat cinta yg hakiki.
mereka tidak takut kekecewaan terhadap manusia kerana hati mereka hanya pada Allah.
cinta Allah terlalu agung, sehingga golongan yg kufur terhadapnya juga turut meni'mati segala kesenangan dunia. Walaupun mereka menentang hak allah, tetapi Allah tetap memberi rezeki makan minum, sihat tubuh badan dan segala n'mat yang ada.

kalau kita sebagai manusia, sanggupkah kita membalas segala kejahatan yang menyakitkan dengan kebaikan yang melimpah ruah?
tentu sekali tidak..tetapi Allah tetap melakukannya terhadap hambanya.
diberinya pintu yang terbuka luas untuk bertaubat bagi mereka yg berdosa dan meraih kasih sayangnya,
tetapi sayangnya masih ramai manusia yang menjauhkan diri mereka daripada cahaya ilahi.
janganlah kita menjadi golongan yang tidak tahu berterima kasih..
sepatutnya kita rebutlah peluang yang diberikan hanya sekali shaja, iaitu sebelum berakhirnya nafas.
Kerana selepas itu, pintu rahmat dan kasih sayang yang maha luas akan tertutup buat selama-lamanya.
begitulah agungnya cinta Yang Maha Pencipta.

tidak salah menyintai manusia, tetapi berpada2lh, kerana cinta itu juga pemberian allah tanpa kita sedari.
suatu masa yang ditetapkan ia akan diambil semula, kita sekadar meminjam.
cinta terhadap manusia sentiasa berubah2, semalan terlalu cinta tetapi hari ini bagaikan lenyap ditiup angin.
Kerana manusia itu sendiri tidak bersifat kekal.
wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment